fbpx

Ketum ‘ekspres’ MO baharu penyeludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PGA menunjukkan ekzos motosikal penyeludup yang disumbat dengan batang kayu bagi mengurangkan bunyi enjin untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

BUKIT KAYU HITAM – Sindiket penyeludupan daun ketum dikesan menukar modus operandi apabila kerja-kerja membungkus daun tumbuhan itu dilakukan terus di ladang sebelum diseludup ke Thailand menerusi lorong tikus di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di sini dan Perlis.

Pegawai Pemerintah Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, Superintendan Md. Dali Jamil memberitahu, penyeludup didapati tidak lagi membungkus daun ketum dalam kuantiti kecil, sebaliknya terus memasukkannya ke dalam guni besar.

“Beberapa rampasan yang dilakukan sepanjang bulan ini mendapati daun ketum itu terus dimasukkan ke dalam guni dan tidak lagi dibungkus rapi menggunakan plastik lut sinar.

“Kita percaya penyeludup mungkin mahu bergerak lebih pantas selain mengelak lokasi memproses daun tersebut diserbu pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di Markas Taktikal PGA di sini hari ini.

Menurutnya, penyeludup juga dilihat semakin aktif menyeludup daun ketum ke negara jiran dengan pelbagai cara bagi mengaut keuntungan berlipat ganda memandangkan harga pasaran di Thailand lebih RM100 sekilogram berbanding harga pasaran kira-kira RM30.

“Pelbagai taktik dilakukan seperti menyusup masuk ke kawasan hutan dan pertanian menggunakan pajero serta motosikal dengan ekzos disumbat batang kayu bagi mengurangkan bunyi enjin.

“Penyeludup akan membawa guni-guni berisi daun ketum ini ke sempadan dan meninggalkannya di lokasi tertentu sebelum diambil pihak lain dari Thailand,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI