fbpx

Wanita berang tak dapat makan piza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pekerja restoran makanan segera meminta maaf kepada seorang pelanggan.

PETALING JAYA – Perbuatan seorang wanita yang cuba menimbulkan kekecohan di sebuah restoran makanan segera mendapat kecaman hebat di laman sosial.

Aksi wanita tersebut telah tular di laman aplikasi TikTok sejak semalam dan difahamkan kejadian tersebut belaku gara-gara piza yang dipesannya tidak dapat disediakan oleh kakitangan restoran tersebut.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 42 saat yang dikongsi @Bamlan di TikTok semalam, kelihatan perkerja di restoran berkenaan cuba menerangkan situasi yang mereka alami yang mana pesanan tidak dapat dilakukan kerana ketuhar telah rosak.

Ketika kejadian, pelanggan itu bertindak memarahi pekerja di situ walaupun sudah dimaklumkan bahawa makanan yang dipesannya tidak dapat disiapkan akibat ketuhar rosak terkena renjatan kilat.

Bagaimanapun, pelanggan itu terus menyerang dengan pelbagai soalan hanya kerana dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Susulan penularan klip video itu, rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan pelanggan tersebut kerana tidak boleh bertolak ansur dengan situasi yang berlaku.

“Dah cakap sejak semalam rosak, boleh lagi nak tanya semalam bila rosak,” @ujar Syafinaz.

“Respect (hormat) kakak itu, kalau saya dah baling oven (ketuhar) depan dia,” @kata Shakilla.

“Jenis yang dah diberitahu masalah, tetapi tetap nak lawan walaupun salah,”@jelas @HadreyAli.

Pada masa sama, orang ramai turut memuji pekerja restoran itu kerana kekal tenang melayani kerenah pelanggan tersebut.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 1.1 juta tontonan dan 65,500 tanda suka di TikTok. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI