fbpx

Penghantar surat didenda RM100 ‘skodeng’ wanita dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Padah mengintai seorang wanita di dalam tandas pasar raya lima hari lalu, seorang penghantar surat didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani menjatuhi denda tersebut selepas tertuduh, Ikram Ikhwan Abdullah,19, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Ikram turut diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga hari jika gagal membayar denda yang ditetapkan. Tertuduh membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Ikram Ikhwan didakwa mengintai seorang wanita berusia 24 tahun di dalam tandas wanita sebuah pasar raya di Putra Heights, dekat sini pada pukul 6 petang, 27 Ogos lalu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda RM100, sekiranya disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Reetha Parawa Karan manakala tertuduh diwakili Peguam Shalehhuddin Salam. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI