fbpx

Kelantan perlu 1 juta dos vaksin untuk capai imuniti kelompok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat di negeri ini mampu dicapai menjelang Oktober depan sekiranya Kelantan memperoleh tambahan bekalan 1 juta vaksin Covid-19 dengan segera.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ketika ini, gerak kerja memberikan suntikan Covid-19 kepada masyarakat terus berjalan mengikut bekalan seperti yang telah disalurkan oleh kerajaan pusat sebelum ini.

Menurutnya, sekiranya bekalan tambahan yang dipohon itu tidak dapat dibekalkan, kerajaan negeri perlu mencari alternatif termasuk mengeluarkan belanja untuk membuat pembelian vaksin seperti diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

“Kerajaan pusat telah berjanji untuk segera memberi bekalan vaksin kepada negeri-negeri yang masih lagi rendah tahap imunisasi kelompok.

“Jadi, kita amat berharap perkara tersebut dapat disegerakan kerana ia amat penting bagi memastikan imunisasi kelompok dalam kalangan rakyat mampu dicapai mengikut jadual,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI