fbpx

Tak divaksin, sekat kegiatan mereka – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ciapan netizen yang kecewa dengan golongan antivaksin.

PETALING JAYA – Netizen terus meluahkan kekecewaan mereka terhadap golongan yang menolak untuk disuntik vaksin Covid-19.

Menurut netizen, golongan tersebut tidak layak diberikan hak seperti individu yang telah divaksin kerana mereka berisiko membawa virus tersebut.

Pengguna Twitter, @Emi_Masdor mencadangkan kegiatan yang boleh dilakukan individu telah disuntik dilarang sama sekali terhadap golongan antivaksin.

“Kalau mereka tak mahu vaksin tak apalah tapi jangan bagi kelonggaran sama seperti golongan divaksin.

“Jangan fikir mereka sahaja ada hak, kami yang divaksin pun sama,” ciapnya hari ini.

Bagi @kisheyem pula, golongan antivaksin merupakan kelompok yang tidak berfikir panjang.

“Ia bukan tentang hak tetapi untuk kesejahteraan semua pihak. Kalau tak ambil suntikan, kita membahayakan orang lain!

“Saya setuju sekiranya mereka dilarang daripada melakukan banyak perkara,” ciapnya.

Menurut pengguna bernama @iffgone pula, doktor menghabiskan masa bertahun-tahun belajar tentang perubatan namun golongan antivaksin lebih selesa menggunakan enjin carian Google bagi mendapatkan maklumat.

“Doktor habiskan masa bertahun-tahun belajar tapi akhirnya masih ramai yang bila keliru. Dia pergi Google dan nilai sendiri, akhirnya tanya doktor.

“Google ni kau cari sakit tekak pun dia terus diagnosis kanser,” ciapnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI