fbpx

Segerakan bantuan yang telah diumumkan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat Kabinet dari kediamannya hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa semua bantuan yang telah diumumkan kerajaan perlu disalurkan dengan segera kepada rakyat.

Beliau berkata, perkara tersebut merupakan antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat Kabinet pertama yang diadakan pagi tadi.

“Antara penekanan utama, membincangkan status terkini jangkitan Covid-19 di negara kita untuk semua kementerian bergerak proaktif bagi pengukuhan tindakan tahap kesihatan demi melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat.

“Saya turut mengingatkan para Menteri Kabinet, setiap kementerian perlu buktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari,” katanya dalam satu entri di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, tindakan pantas dan bersepadu merupakan aspek utama bagi membebaskan Malaysia daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang telah dilalui oleh rakyat sebelum ini.

“Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan dan saya akan memastikan Kabinet ini berasaskan keberhasilan yang mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama menerusi sidang video dari rumah setelah dinasihatkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI