fbpx

Jangan muat naik sijil vaksinasi di laman sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video perkongsian oleh seorang petugas barisan hadapan berkenaan sijil vaksinasi.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memuat naik sijil digital vaksinasi di sosial media.

Ini berikutan, program vaksinasi sudah hampir tiba ke peringkat ‘komuniti kelompok’, namun wujud pula satu isu dimana golongan tidak mahu divaksin cuba ambil kesempatan untuk dapatkan sijil digital vaksinasi secara salah.

Menurut seorang pekerja barisan hadapan melalui satu video di laman aplikasi TikTok, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi sijil yang sudah diterima di sosial media sekirannya sudah selesai dua dos suntikan.

“Jangan muat naik sijil digital anda dekat Whatsapp, Facebook, Twitter atau Instagram. Bila buat macam itu, awak dah bagi peluang kepada golongan-golongan antivaksin curi sijil awak.

“Walaupun dah tutup nama dan nombor ic (kad pengenalan) mereka tetap boleh memanipulasi sebab kerajaan masih belum suruh untuk kita cetak sijil yang ada dalam MySejahtera itu,” katanya dalam klip video tersebut.

Tambah lelaki itu, terdapat bermacam kaedah golongan antivaksin untuk mendapatkan sijil digital antaranya tidak mahu disuntik di PPV tetapi mahukan sijil dan ada yang ambil kesempatan meminta daripada penerima.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 800,000 tontonan dan 65.1 ribu tanda suka di TikTok. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI