fbpx

JKKP siasat kes pekerja maut terjatuh bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG -Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menyiasat kes seorang pekerja yang maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah kilang di Taman Perindustrian Bukit Raja di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, lelaki tempatan berusia 22 tahun berkenaan yang juga pekerja am dipercayai sedang menjalankan kerja membaik pulih bumbung di kilang tersebut.

Pengarah JKKP Selangor, Bahrudin Mamat berkata, mangsa bersama tiga rakannya memakai semua kelengkapan keselamatan yang disediakan pemilik premis.

“Ketika kejadian seorang daripada mereka dikatakan bergerak ke arah penyelia projek untuk mengambil bumbung.

LOKASI kejadian di kilang itu.

“Sewaktu giliran mangsa untuk bergerak, dia yang membuka kelengkapan cangkuk khas bagaimanapun terpijak bumbung rapuh lalu terjatuh dari ketinggian 12 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrudin memberitahu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.-K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI