fbpx

Anggota, pegawai ATM boleh berhenti kerja jika tolak vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Hasan (kiri) memasang Jalur Gemilang pada sebuah kereta wakil persatuan veteran tentera secara pandu lalu di Tambatan Di Raja, Kota Bharu hari ini. Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggotanya yang menolak untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Panglima Briged Kelapan Infantri, Brigadier Jeneral Abu Hasan Assha’ari Kamis @ Shaffiee berkata, jika ada individu dalam pasukan yang menolak untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, maka tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka.

“Anggota ATM memang diwajibkan mengambil suntikan vaksin. Ini kerana kita berada dalam kelompok masyarakat dan kebiasaannya anggota akan terlibat dalam tugasan di lapangan dan tidak akan dapat menjalankan tugas jika menolak vaksin.

“Perkara ini melibatkan perundangan dan ia sebenarnya perlu diambil serius. Jika tidak mahu ikut arahan, maka golongan antivaksin ini boleh membuat permohonan untuk berhenti dan bukannya diberhentikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, setiap anggota dan pegawai yang bertugas di bawah Markas Briged Kelapan tidak mempunyai masalah untuk menerima suntikan vaksin.

“Setakat ini, anggota kami akur dengan arahan kerajaan dan tidak timbul sebarang isi berhubung penolakan suntikan vaksin dan perkara ini wajib dan sekiranya ada yang menolak, anggota itu disifatkan sebagai ingkar dengan ketetapan arahan,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI