fbpx

Suri rumah rugi RM35,300 ditipu ‘pegawai LHDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PORT DICKSON – Seorang suri rumah berputih mata selepas wang simpannya dan arwah suami berjumlah RM35,300 ‘lesap’ akibat ditipu sindiket ‘Macau Scam’ yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN).

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa berusia 53 tahun yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pada 24 Ogos lalu.

“Pada 10 Ogos lalu, mangsa telah menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai Mohd. Aiman daripada LHDN memaklumkan terdapat tunggakan cukai bagi syarikat atas nama Newest Enterprise beralamat di Kedah yang didaftarkan atas nama mangsa.

“Mangsa telah menafikan perkara itu dan panggilan kemudian disambungkan kepada Tuan Sulaiman daripada IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kedah yang memaklumkan bahawa terdapat kebocoran maklumat mengenai akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Berhad (ASB) milik mangsa yang telah disalahguna pihak lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, seterusnya mangsa telah diminta untuk menyerahkan maklumat nombor pada kad pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Islam miliknya dan memasukkan wang ke sebuah akaun bank untuk tujuan siasatan.

“Mangsa telah membuat kemasukan wang melalui tiga transaksi pada 12 hingga 13 Ogos lalu dan semakan mendapati wang di dalam akaun banknya juga telah dipindahkan ke satu akaun bank lain.

“Ini menyebabkan mangsa mengalami kerugian keseluruhan RM35,300 iaitu wang simpanan mangsa dan arwah suami,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI