fbpx

Jangan takut dengan fitnah akhir zaman – Ellie Suriaty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLIE menegaskan kepada dua anaknya yang membuat laporan polis kelmarin untuk menolak suntikan vaksin supaya berani berdepan cabaran akhir zaman.

PETALING JAYA – Susulan laporan polis dibuat dua anaknya yang mempertahankan hak menolak suntikan vaksin, Ellie Suriaty Omar tampil menyokong pendirian mereka.

Kata pelakon dan pengarah itu, sebagai ibu dia ingin yang terbaik untuk mereka selain sentiasa mengingatkan setiap anak-anaknya supaya berani berhadapan dengan cabaran akhir zaman.

“Ya, mereka anak saya, Azrell, 17 tahun dan Nur Azreen, 12 tahun bersama seorang sahabat mereka Hanif, 17 tahun, telah membuat laporan polis sebagai ‘cover report’.

“Tindakan tersebut berkenaan hak individu untuk menolak vaksin eksperimen Covid-19 ke atas pelajar sekolah yang berumur antara 12 hingga 17 tahun.

“Saya mendidik anak-anak supaya berani menghadapi hidup. Jangan takut dengan fitnah akhir zaman. Nilai kehidupan tidak boleh dibeli dengan tawaran sepotong roti atau segunung emas.

“Tauhid, harapan hanya pada Allah. Semoga Allah melindungi anak-anak kita semua,” katanya.

Terdahulu, viral mengenai tiga orang pelajar yang terdiri daripada dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan mengajukan laporan polis bagi mempertahankan hak mereka menolak suntikan vaksin Covid-19.

Pada 30 Ogos lalu, Azrell Omar Azri Iskandar, 17, bersama adiknya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, dan rakan mereka, Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17, membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati.

Ellie, 51, dilihat turut menemani anak-anaknya serta rakan mereka itu ke balai polis berkenaan.

Terdahulu, dalam laporannya, Azrell mengakui bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap dirinya andai mengambil suntikan vaksin yang didakwa masih pada tahap ujian klinikal.

Katanya, mereka sekeluarga menggunakan perubatan tradisional secara holistik iaitu rawatan homeopathi dan mengamalkan makanan sunah bagi mencegah penularan pandemik.

Selain Azrell dan Azreen, perkahwinan pengarah filem Penanggal itu dengan Azri Iskandar yang juga pelakon pada 2003 turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

Sementara itu, Ellie mengesahkan mereka sekeluarga belum mengambil suntikan vaksin berkenaan sebaliknya mengamalkan pemakanan sunah yang sudah diambil sekian lama.

Katanya, dia bukan menolak atau anti vaksin memandangkan sejak kecil sudah mengambil beberapa jenis suntikan seperti rakyat lain namun program vaksin Covid-19 terbaharu ini masih belum diuji sepenuhnya.

“Berbeza dengan program imunisasi yang kita semua ambil sejak kecil, ia sudah menjalani ujian klinikal bertahun-tahun sebelum diperkenalkan kepada umum.

“Tetapi vaksin Covid-19 cuma dalam tempoh enam bulan sahaja diuji dan terus diberikan kepada manusia. Saya tak kisah pun disuntik kalau vaksin ini sekurang-kurangnya lebih lima tahun digunakan.

“Kami tetap menjaga keluarga daripada terdedah pandemik ini dengan kaedah holistik dan rawatan homeopati termasuk mengambil makanan sunah,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI