fbpx

Netizen bangga dengan Muhammad Ziyad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Ziyad Zolkefli

PETALING JAYA – Netizen terus memberikan kata-kata semangat kepada atlet paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli selepas rayuannya ditolak oleh penganjur Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.

Rata-rata mereka berkata, Muhammad Ziyad telah melakukan yang terbaik dan berharap dia tidak berasa tertekan dengan isu tersebut.

Zainul Rashid berkata, walau apa pun keputusan yang dicapai, dia percaya Muhammad Ziyad telah membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

“Tiada siapa pun yang akan menyalahkan awak. Kita semua nampak usaha awak di sana dan berbangga dengannya,” katanya di Facebook hari ini.

Nur Asikin Nayan pula berkata, Muhammad Ziyad telah membuktikan bahawa seorang jaguh dari Asia mampu menewaskan atlet dari negara Eropah.

“Biarpun rayuan ditolak, ia tidak memadamkan bukti yang dirakam bahawa awak telah menang malah mencipta rekod dunia.

“Cukuplah bagi kami menyaksikan detik bersejarah awak menempa nama dalam sukan ini dan awak tidak akan dilupakan selama-lamanya dalam lipatan sejarah sukan paralimpik,” katanya.

Sementara itu, Khairulnizam Fazali berkata, dia berharap Muhammad Ziyad dapat melontar peluru ke muka atlet Ukraine yang melakukan bantahan tersebut.

“Sampai nak tercabut tangan kawan (Muhammad Ziyad) itu lontar. Akhirnya dibatalkan. Tak masuk akal betul,” katanya.

Netizen turut meluahkan kekecewaan terhadap pegawai-pegawai yang sepatutnya menguruskan Muhammad Ziyad di Tokyo.

Mohd. Hisham Sah Nuddin berkata: “Dimanakah chef-de-mission (CDM)? Dimanakah pegawai pengiring dan pengurus pasukan atlet ketika pendaftaran?”

Begitu juga dengan Indra Sukandar yang berkata, kecuaian memasuki call room tersebut tidak sepatutnya terjadi dan meminta pihak pengurusan menjawab isu berkenaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI