fbpx

Rayuan kontinjen Malaysia ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIYAD

PETALING JAYA- Rayuan kontinjen Malaysia dalam usaha mengesahkan pingat emas milik juara lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli telah ditolak pihak menganjur hari ini.

Penolakan rayuan bagi mengekalkan pihak emas itu diputuskan dalam satu mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) sebentar tadi.

Susulan itu, Ziyad gagal mempertahankan pingat emas dimenanginya dalam acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 meskipun telah memecahkan rekod dunia.

Rayuan selanjutnya hanya boleh dibuat selepas temasya itu berakhir.

Kosmo! Online semalam melaporkan kemenangan emas Ziyad dipertikai atlet Ukraine selepas mereka melakukan protes dengan mendakwa jaguh dunia itu gagal mengikuti arahan ditetapkan penganjur. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI