fbpx

Bekas tentera terlantar sakit terima sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamsari menyampaikan sumbangan kepada keluarga bekas tentera Abdul Aziz Chu Hashim di rumahnya di Pasir Pekan, Wakaf Bharu hari ini. - Foto IHSAN ATM

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Kelantan/Terengganu dengan kerjasama Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kelantan menghulurkan sumbangan kepada seorang bekas anggota tentera yang terlantar sakit.

Bekas tentera bersara TUDM, Abdul Aziz Chu Hashim, 74, tidak boleh bercakap akibat angin ahmar menerima kunjungan itu di rumahnya di Kampung Pasir Pekan, Wakaf Bharu di sini hari ini.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hasan berkata, pihaknya menyumbangkan bekalan susu untuk penyakit diabetes bernilai RM98 setin selama tiga bulan iaitu sebanyak 30 tin dan lampin pakai buang secara terus sebanyak RM600.

Katanya, JHEV ATM turut memberi bekalan berupa barang dapur seperti beras, minyak dan tepung.

“Sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga anggota tersebut. Ia juga merupakan satu bentuk keprihatinan untuk memberi semangat dan menjaga kebajikan anggota veteran yang memerlukan.

“Lawatan ini juga sempena Hari Sambutan Pahlawan untuk menghargai tentera yang pernah berkhidmat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, JHEV negeri dengan kerjasama pihak persatuan veteran sentiasa prihatin terhadap kebajikan ahli dan memantau keadaan mereka.

Beliau berkata, JHEV ATM turut menawarkan pelbagai kebajikan kepada veteran ATM yang mempunyai tanggungan termasuk bantuan sara hidup, persekolahan, kemasukan kolej, universiti, politeknik, vokasional selain bantuan perubatan dan peralatan pesakit.

“JHEV ATM juga menasihatkan agar veteran menjadi ahli persatuan supaya tiada ahli veteran ATM yang tersisih atau terlepas pandang kelak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI