PETALING JAYA – Kemenangan atlet Paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli yang ditarik balik selepas meraih pingat emas kedua di Olimpik Tokyo sebentar tadi turut mendapat reaksi dari jaguh sukan negara.
Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi di Twitternya berkata, kejadian yang menimpa Muhammad Ziyad ini adalah tidak adil dan tidak sepatutnya berlaku.
“Ini cukup tidak adil dan tidak profesional, ini bukan semangat sukan yang sepatutnya,” katanya.
Selain itu, ratu terjun yang beraksi di Olimpik Tokyo 2020 baru-baru, Pandalela Rinong juga turut memberi semangat kepada Muhammad Ziyad.
Jelasnya, walaupun perkara ini berlaku, namun perjuangan tetap perlu diteruskan di Olimpik Paris tiga tahun nanti.
“Pelbagai perkara boleh berlaku dalam sukan, tetapi hal ini begitu mengejutkan dan membuatkan saya ragu-ragu.
“Apa yang berlaku, terus kuat dan berjuang di Paris 2024,” tulisnya.
Terdahulu, Ziyad memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter sekali gus menyumbangkan pingat emas kedua buat Malaysia.
Kemenangan itu ditarik balik selepas protes dilakukan atlet Ukraine dengan mendakwa Ziyad tidak berada di bilik menunggu seterusnya membolehkan atlet terbabit berjaya meraih emas bagi acara itu. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929