IMPIAN rakyat Malaysia untuk melihat atlet lontar peluru kebangsaan, Muhammad Ziyad Zolkefli membawa pulang pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila kemenangan tersebut dibatalkan.
Ziyad yang beraksi dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) terlebih dahulu mengesahkan pingat emas apabila membuat lontaran sejauh 17.94 meter (m).
Lontaran itu juga menyaksikan Ziyad memecahkan rekod dunia, mengatasi catatan terdahulu iaitu 17.29m yang dirakamnya pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London 2017.
Bagaimanapun, kemenangan Ziyad ‘diragut’ apabila mendapat protes selepas didakwa melakukan kesalahan lewat masuk ke callroom (bilik menunggu) sebelum pertandingan dimulakan.
Antara atlet yang dikesan melakukan kesalahan sama adalah Todd Hodgetts (Australia), Jordi Patricio Congo Villalba (Ecuador) dan juga Ziyad.
Hasil keputusan itu, atlet Ukraine, Maksym Koval yang menamatkan saingan di kedudukan perak berjaya dinobatkan sebagai pemenang dengan catatan 17.34m.
Sementara itu, rakan senegara Koval, Oleksandr Yarovyi meraih meraih pingat gangsa dengan catatan 17.30m.
Pingat gangsa pula menjadi milik atlet Greece, Efstratios Nikolaidis dengan catatan 15.93.
Difahamkan, Malaysia ketika ini sedang melakukan bantahan berikutan keputusan yang tidak wajar tersebut.