PUTRAJAYA – Sebanyak 15,371 atau 73.6 peratus daripada 20,897 kes hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 67 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi adalah dalam kategori lima, 66 kes (kategori empat), 176 kes (kategori tiga), 9,204 kes (kategori dua) dan 5,858 kes (kategori satu).
“Secara umum, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 20,475 kes atau 98 peratus dalam kategori satu dan dua manakala 422 kes adalah kategori tiga, empat dan lima,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, pesakit yang sedang dirawat dan diasingkan merekodkan sebanyak 267,863 kes termasuk 1,005 di unit rawatan rapi dan 464 kes memerlukan bantuan pernafasan selain 18,465 kes sembuh dicatatkan.
Selain itu, katanya, terdapat 282 kes kematian Covid-19 melibatkan 238 warga Malaysia dan 44 warga asing dengan 98 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes kematian terkini sebanyak 16,664 kes.
“Sebanyak 22 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 11 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan dengan kesemuanya menyumbang kepada 714 kes,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929