fbpx

Kerajaan jamin kebajikan isteri dan anak anggota tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah (kanan) bertemu dengan Nur Aqila Safuan yang menunggu proses pencarian suaminya yang hilang selepas terjatuh ke Sungai Pahang di Bera hari ini.

BERA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan akan menjaga kebajikan isteri dan anak tunggal anggota tentera yang dipercayai lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Batu Bor di sini kelmarin.

Baginda bertitah demikian kepada isteri Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad,27, iaitu Nur Aqila Safuan,22, selepas baginda selesai mencemar duli menaiki bot mencari mangsa di sekitar lokasi kejadian di Sungai Pahang berhampiran Kampung Bohor Baru di sini.

Baginda turut menasihatkan Nur Aqila yang mempunyai seorang anak berusia sembilan bulan serta keluarga terdekat supaya bersabar menerima dugaan berat yang sudah ditentukan Allah.

Disamping itu, baginda menitahkan supaya diadakan solat hajat agar usaha pencarian berjalan lancar dan mangsa dapat ditemukan.

Terdahulu baginda diiringi Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain menaiki bot menyusuri Sungai Pahang lebih satu jam bersama pasukan penyelamat.

Kelmarin seorang anggota tentera Lans Koperal Mohamad Azrin Mat Isa,27, yang menjalani latihan taktikal Eksesais Para Predator hilang selepas terjatuh ke Sungai Pahang ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan dekat Kampung Batu Bor di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu mangsa yang merupakan anggota 10 Briged Para sedang melaksanakan fasa latihan taktikal menyeberang sungai.

Pencarian mangsa yang masuk hari ketiga hari ini masih belum menemukan mangsa meskipun pencarian diperluaskan sehingga tujuh kilometer termasuk dengan bantuan unit penyelam dan anjing pengesan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI