fbpx

Murid 10 tahun cipta jualan RM5,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marsya menunjukkan sebahagian daripada aiskrim yang dijual secara online dengan memperoleh hasil jualan yang lumayan setiap bulan.

PETALING JAYA – Usia muda bukan penghalang untuk berniaga, lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang yang dikelilingi teknologi digital khususnya bagi memudahkan urusan promosi jualan.

Ini dibuktikan oleh seorang murid Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Murni, Kuantan, Pahang yang kini bergelar stokis bagi produk aiskrim berasaskan buah-buahan, Pops Malaya.

Zara Marsya Adriana Saiful Lizan, 10, berkata, minatnya untuk berniaga timbul sejak negara di ancam dengan pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan pelbagai sektor ekonomi ditutup, aktiviti sosial tidak dibenarkan, sekolah tidak dibuka dan memaksanya tinggal di rumah.

Gadis cilik yang senang dipanggil sebagai Marsya berkata, dia berbangga kerana berada dalam ahli keluarga yang suka berniaga, iaitu ibunya, Azida Munira Abd. Samad, 38, menjual produk penjagaan rambut, ayahnya terlibat dalam sektor rekreasi manakala pakcik dan makciknya juga berniaga kuih-muih dan juga produk jualan langsung.

“Pada mulanya saya mahu jual kuih, tetapi ibu menasihati agar menjual produk yang telah disediakan oleh pengusaha lain ke­rana ia lebih mudah dijual di pasaran. Sehubungan itu, saya memilih untuk menjual aiskrim Pops Malaya.

“Dengan modal duit hari raya yang dikumpul sebanyak RM94, saya memulakan perniagaan dan berjaya menjual 12 kotak aiskrim.

“Setelah berusaha gigih dalam mempromosikan ais krim tersebut, pada bulan pertama iaitu bulan Julai lalu, jualan saya telah mencapai sehingga RM5,549,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemubual secara maya baru-baru ini.

Menyedari bisnesnya tidak dapat bertahan lama sekiranya hanya menjual kepada ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan, Marsya dengan bantuan ibunya memanfaatkan platform media sosial seperti Facebook dan Tiktok.

Murid Darjah 4 ini me­lakukan ‘live’ di platform media sosialnya setiap hari pada masa lapang.

Melalui usaha tersebut, dia berjaya mendapat ramai kena­lan baharu, termasuk enam orang ejen di bawahnya yang tinggal di Pekan, Temerloh, Kuantan dan Sepang.

“Saya selalu menemani ibu ketika mengikuti kelas online percuma anjuran RichWorks dan sifu­nya, Datuk Azizan Osman sentiasa memberi pelbagai tunjuk ajar dan bimbingan mengenai trend promosi jualan pada masa sekarang.

Dalam pada itu, Azida Munira memberitahu, dia seboleh mungkin cuba menyokong minat Marsya dan tidak pernah memaksa anak bongsunya itu me­lakukan perkara yang tidak disukainya.

“Ada yang tanya kenapa biarkan anak buat semua ini, tapi itu memang minat dia. Marsya kini sudah ada catatan sendiri tentang stok dan jualan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI