PETALING JAYA – Biotropics Malaysia Berhad (Biotropics) telah melancarkan kempen #TerusAktif dengan hasrat untuk menggalakkan kumpulan yang berumur 40 tahun ke atas mengamalkan cara hidup sihat, terus aktif dan kekal cergas.
Penolong Pengurus Biotropics, Noorsyarida Mohd. Sapiai berkata, forum secara maya bertajuk #TerusAktif Berpandukan Sains, adalah program awal yang dianjur syarikat dalam kempen berkenaan.
“Forum tersebut membincangkan isu kesihatan yang dialami warga ‘senior’, punca kepada masalah dan juga bagaimana cara untuk menyelesaikan atau mengurangkan risiko tersebut,” katanya pada sidang media selepas forum tersebut baru-baru ini.
Selain itu, Noorsyarida menerangkan, bagi meningkatkan tahap kesihatan lelaki dan perempuan, produk keluaran Biotropics,
Nu-Prep dapat membantu mengekal dan menambah tenaga bagi kumpulan sasarannya iaitu yang berumur 45 tahun keatas.
Dua rangkaian produknya terdiri daripada Nu-Prep Lelaki dan Nu-Prep Wanita.