fbpx

Tegar kembali jadi penyanyi jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEGAR kembali menyanyi di jalanan demi mencari sumber pendapatan.

PENYANYI Tegar yang pernah mencipta populariti luar biasa dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang menjadi bualan masyarakat di Indonesia apabila dia dilihat kembali menjadi penyanyi jalanan.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik pengguna Instagram, penyanyi dengan nama lengkap Tegar Septian, 19, itu dilihat menyanyi di persimpangan lampu isyarat di Jakarta.

Tegar yang ditemui media tempatan memberitahu, dia tiada masalah untuk kembali menjadi penyanyi jalanan, sama seperti ketika dia masih kanak-kanak demi menyara keluarganya.

“Tidak apa-apa. Yang penting halal,” katanya ringkas.

Tegar terpaksa mencari rezeki seperti dahulu sebelum hidupnya dilambung populariti kerana perlu menyara isterinya, Sarah Sheilka serta anak tunggalnya, Abidzar Oktaviano Putra.

Foto-foto Tegar yang sedang menyanyi di tepi jalan turut mendapat komen positif daripada netizen.

Rata-ratanya meninggalkan kata-kata semangat dan sokongan buat penyanyi muda itu bagi meneruskan kehidupan menyara keluarganya terutama pada musim pandemik ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI