fbpx

Guna syiling RM33,163 beli kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aplikasi Weibo China pekerja kedai jualan kereta mengira duit syiling tular minggu lalu.

HENAN – Seorang lelaki menggunakan 10 beg duit syiling bernilai RM33,163 untuk membeli sebuah kereta kepada anak lelakinya di sebuah kedai di Zhoukou, daerah Henan, China minggu lalu.

Lelaki berkenaan yang bekerja dalam industri makanan membeli secara tunai untuk anaknya.

Menariknya, kedai menjual kenderaan itu tidak menolak permintaan lelaki berkenaan sebaliknya telah mengerahkan 20 pekerja untuk mengira 10 beg duit syiling berkenaan.

Kejadian itu telah tular di seluruh dunia dan ramai netizen yang kagum dengan lelaki berkenaan yang seolah-olah mengumpul duit syiling untuk membeli sebuah kereta untuk anak lelakinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI