fbpx

Suspek pukul jaga bukan Ketua Armada KB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian seorang pengawal keselamatan maut dipukul pada 29 Disember lalu.

KOTA BHARU – Suspek kes pukul seorang pengawal keselamatan sehingga menyebabkan mangsa maut di Ipoh, Perak baru-baru ini bukan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Bharu.

Ketua Bersatu Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamed Farid Zawawi berkata, selepas kes itu tular, orang ramai menyangka Ketua Armadanya, Mohd. Ekhwan Mohd. Hatta merupakan suspek kes tersebut.

Katanya, individu sebenar yang dikaitkan dengan kes itu adalah seorang aktivis parti di Perak yang pernah bertanding di peringkat bahagian dalam pemilihan tahun lalu, namun tewas kepada Mohd. Ekhwan.

“Sekarang wujud kekeliruan apabila ramai salah sangka individu itu merupakan Ketua Armada Bersatu Kota Bharu yang kini disandang Mohd. Ekhwan.

“Saya tegaskan di sini, individu terbabit tiada kaitan dengan Bersatu Kota Bharu. Dia hanya pernah dicalonkan bertanding untuk jawatan Ketua Armada cawangan ini sahaja,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Farid yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu berkata, dengan penjelasan itu, orang ramai diharap tidak lagi mengaitkan individu terbabit dengan Bersatu Kota Bharu.

Tegas beliau, pihaknya berharap kes itu dapat diselesaikan secepat mungkin bagi menegakkan keadilan dan seterusnya memberi pembelaan sewajarnya kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan mengatakan Ketua Armada Bersatu Kota Bharu terlibat dalam kejadian pukul di Perak, 29 Disember lalu sebelum mangsa akhirnya meninggal dunia Jumaat lalu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI