fbpx

Penduduk Taman Alamanda sambut Hari Kebangsaan cara tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESERTA terdiri daripada penduduk Taman Alamanda, Senawang ketika aktiviti kayuhan sempena Hari Kebangsaan ke-64 di taman itu hari ini.

SEREMBAN – Kira-kira 20 orang penduduk Taman Alamanda, Senawang di sini menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 dengan mengayuh basikal bersama bendera Malaysia.

Menurut Pengerusi KRT Taman Alamanda, Bee Sham Ahmad, pihaknya mengambil inisiatif itu untuk meraikan Hari Kemerdekaan pada tahun ini bersama penduduk taman.

Katanya, memandangkan sekarang Negeri Sembilan sedang menjalani pelaksanaan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) program itu diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Program bermula pada pukul 7.15 pagi apabila semua peserta berkumpul di hadapan Surau Taman Alamanda.

“Selepas itu peserta terlibat memasang bendera yang disediakan pada basikal masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas program itu di sini hari ini.

Tambahnya, semua peserta mula mengayuh mengelilingi taman sambil mengibarkan bendera.

“Konvoi kayuhan itu tamat di hadapan balai komuniti Taman Alamanda kira-kira 30 minit selepas itu,” tambahnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI