fbpx

Pereka grafik rugi RM8,300 angkara mata ganjaran percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pereka grafik rugi RM8,300 selepas diperdaya seorang individu yang menyamar sebagai wakil sebuah syarikat penerbangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, lelaki berusia 31 tahun itu mendakwa telah dihubungi individu berkenaan pada Jumaat lalu.

“Individu itu menipu kononnya terdapat mata ganjaran percuma atas nama mangsa yang boleh ditukarkan dengan wang tunai RM750.

“Mangsa yang terpengaruh dengan tawaran itu telah memberi butiran dan maklumat kad debit serta kredit untuk tujuan penebusan mata ganjaran,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tidak lama selepas itu mangsa menerima makluman daripada bank memaklumkan terdapat beberapa transaksi membabitkan akaunnya berjumlah RM8,300.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.

Justeru itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi serta perbankan kepada individu yang tidak dikenali bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585 atau mana-mana balai polis berdekatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI