fbpx

Pesara rugi RM400,000 ditipu gadis Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Tindakan seorang pesara kerajaan berkenalan dengan gadis Amerika Syarikat (AS) melalui Facebook langsung tidak berbaloi apabila dia kerugian RM400,000 akibat ditipu dalam kejadian di Kampung Baru SiRusa di sini.

Kejadian malang itu bermula apabila mangsa berusia 78 tahun itu berkenalan dengan gadis AS dikenali sebagai Velostin Tina di Facebook pada Jun tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab. Ghani berkata, Tina kemudian mengatakan yang dia hendak menghantar bungkusan kononnya mengandungi wang berjumlah AS$1.5 juta (RM5 juta)

Katanya, Tina memberitahu yang dia hendak menghantar parcel melalui perkhidmatan kurier ke Malaysia dan berjanji akan datang ke Malaysia untuk memberikan 30 peratus dari wang itu kepada mangsa.

“Mangsa telah bersetuju dan dalam proses untuk mendapatkan parcel tersebut, mangsa telah membayar beberapa kos kastam dan cukai ke dalam lima akaun bank berbeza.

“Tina kemudian memaksa mangsa untuk membuat pembayaran sebanyak RM479,250 sedangkan bungkusan itu masih tidak diperoleh,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI