fbpx

Cuba seludup 2.48 tan minyak masak guna lori pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP Kelantan memeriksa lori yang diguna untuk menyeludup minyak masak di pangkalan haram Mat Yih, Jeram Perdah, Rantau Panjang semalam. FOTO : IHSAN KPDNHEP

RANTAU PANJANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas minyak masak paket bersubsidi seberat 2.48 tan yang cuba diseludup ke negara jiran menggunakan lori pasir di pangkalan haram Mat Yih, Jeram Perdah di sini semalam.

Rampasan bernilai RM6,205 itu dijalankan menerusi kerjasama antara KPDNHEP Kelantan, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada pukul 7 petang.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, sebelum serbuan dilakukan, pihaknya bersama PPM dan PGA telah mengesan pergerakan pemunggahan minyak masak paket bersubsidi itu menggunakan sebuah lori dari premis pembungkus minyak masak berlesen di Pasir Puteh.

Menurutnya, sejurus lori pasir itu keluar dari premis berkenaan pasukan penguat kuasa telah mengekori kenderaan tersebut sehingga ke sebuah stor di kawasan pangkalan haram Mat Yih.

“Semasa serbuan dijalankan, kita telah menjumpai sebuah lori pasir yang berada dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut. Pemeriksaan ke atas kenderaan itu telah menjumpai 2.48 tan minyak masak di bahagian belakangnya.

“Ketika pemeriksaan dilakukan tiada individu atau pemilik stor berada di situ. Kita tidak menolak kemungkinan kesemua individu yang berada di premis berkenaan telah melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota pengkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azanizam Affendi memberitahu, kesemua barangan rampasan termasuk lori itu dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM 100,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI