PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus mengorak langkah laju dalam memastikan tahap kesihatan rakyat terjamin apabila tetap masuk bekerja meskipun ketika cuti sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.
Khairy Jamaluddin hari ini dilaporkan mempengerusikan mesyuarat pertama pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya bagi mendapatkan gambaran terkini mengenai fungsi dan operasi kementerian berkenaan.
Menurut hantaran dimuat naik Facebook KKM, mesyuarat tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Kesihatan 2, Datuk Aaron Ago Dagang.
“Selain itu, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd. Syafiq Abdullah dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut menyertai mesyuarat terbabit.
“Mesyuarat itu bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan KKM dan merangka strategi kesihatand dalam menangani Covid-19,” tulisnya.
Sementara itu, orang ramai berharap agar Kabinet baharu yang dibentuk terus memberi tumpuan kepada isu-isu semasa dan mengetepikan hal berkaitan politik demi kesejahteraan rakyat.
“Masa untuk kerja, politik tolak tepi,” kata Qamar AbdMajid.
“Semoga ada jalan penyelesaian untuk Malaysia pulih dari wabak Covid-19 dan berkurang angka kematian,” doa Siti Nurliza Sohaili.
“Teruskan usaha, harap ada idea baharu yang bernas untuk tangani Covid-19,” jelas Aba Mark Mia. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929