fbpx

Eina, suami sebak rai ulang tahun perkahwinan, sah Covid-19.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EUINA AZMAN dan suami kini dijangkiti Covid-19.

PETALING JAYA – Dalam keterujaan meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke tujuh, Datin Eina Azman berkongsi suasana sedih yang menyelubunginya apabila dia dan suami, Datuk Kaiser Gurmeet Harden serta dua pembantu rumah mereka disahkan positif Covid-19.

Katanya, buat masa ini mereka menjalani rawatan dan pemeriksaan berkala setiap dua hari sekali di hospital akibat mengalami simpton demam dan batuk manakala suaminya pula berhadapan situasi agak teruk dengan suhu badan tinggi selain tahap oksigen tidak menentu.

“Macam nak gugur jantung apabila dapat keputusan ujian calitan sebab saya selalu buat. Malah minggu lepas juga kami buat ujian sebelum melakukan pembedahan dan keputusan yang keluar adalah negatif. Saya tak tahu macam mana dalam seminggu boleh kena.

“Sedih sangat tengok Aubrey dan Karl buat ujian calitan itu sambal menangis. Sementara tunggu, hati ini risau sangat fikir apa jadi kalau kena pada Aubrey dan Karl atau bibik (pembantu rumah). Tak tahu macam mana nak hadapinya.

“Tapi alhamdullillah mereka dan kakak saya negatif. Sekarang saya mula demam dan batuk. Keadaan suami saya pula kurang okey sebab suhu badan terlalu panas dan oksigen turun naik. Setiap dua hari kami ke hospital untuk pantau dan buat ujian imbasan X-ray,” katanya.

Terdahulu, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, menjalani pembedahan pada bahagian lehernya di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur pada 17 Ogos lalu.

Sebelum itu, dia mendedahkan pernah menjalani prosedur biopsy pada bahagian leher sebanyak empat kali sejak 2016 iaitu pengambilan sampel tisu atau sel untuk didiagnosis sesuatu penyakit.

Sementara, biarpun melalui saat sukar ketika sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang serentak Hari Kemerdekaan hari ini, Eina bagaimanapun tidak berasa ralat sebaliknya menerima situasi berkenaan dengan berlapang dada.

“Hari ini ulang tahun perkahwinan kami, memang sukar untuk diungkapkan. Apa pun saya percaya semua ini ketentuan Allah dan kami terima dengan hati terbuka. Saya minta semua doakan kami bersama bibik kembali sihat,” katanya lagi.

Menerusi perkahwinannya dengan Kaiser yang juga ahli perniagaan, rumah tangga mereka dikurniakan sepasang kembar berusia lima tahun, Ariana Aubrey dan Karl Kareef.

Pada masa sama, pelakon dan penyanyi itu turut meminta bantuan kepada sesiapa yang pernah melalui pengalaman dijangkiti Covid-19 supaya dapat berkongsi petua atau amalan harian yang boleh mengurangkan gejala dihadapi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI