fbpx

Pembaharuan LKM boleh dilakukan di 39 pusat Puspakom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang melibatkan kenderaan persendirian boleh dilaksanakan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bermula 1 September ini.

Sebelum ini, urus niaga pembaharuan LKM di Puspakom melibatkan kenderaan decontrolled atau kenderaan barangan dengan berat 7,500 kg ke bawah sahaja yang dilaksanakan semenjak tahun lalu.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat di semua 39 pusat pemeriksaan Puspakom di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Fasa awal pelaksanaan pembaharuan LKM, hanya akan melibatkan kenderaan persendirian, sama ada dimiliki oleh individu mahupun oleh syarikat.

“Seterusnya ia akan diperluaskan kepada urus niaga pembaharuan LKM motosikal dan kenderaan e-hailing, yang dijangka mula dilaksanakan pada bulan November depan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya lagi, orang ramai yang ingin melaksanakan urusn iaga pembaharuan LKM di Puspakom bolehlah membuat janji temu secara dalam talian di laman portal https://lkm-appointment.puspakom.com.my.

Katanya, urus niaga secara walk-in pada masa ini adalah tidak dibenarkan dalam usaha mengekang daripada berlakunya penularan wabak Covid-19.

“Mod pembayaran yang diterima di kaunter Puspakom pada masa ini adalah secara tunai,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI