fbpx

Pelayan restoran rugi RM6,300 ditipu beli iPhone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pelayan restoran mengalami kerugian RM6,300 selepas ditipu dalam urusan pembelian telefon pintar iPhone 12 Pro Max yang diiklankan dalam laman sosial Instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 20 tahun yang bekerja di Bentong tertarik dengan iklan jualan telefon pintar berkenaan.

“Mangsa telah menghubungi penjual dan berbincang sebelum bersetuju untuk membeli telefon berkenaan.

“Mangsa telah membuat dua kali pembayaran masing-masing berjumlah RM2,800 dan RM3,500 ke dua akaun berbeza melalui transaksi internet,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Wazir, selepas memasukkan wang berkenaan, mangsa diminta untuk memasukkan wang lagi menyebabkan dia berasa curiga.

Katanya mangsa yang mengesyaki ditipu sebelum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Kes masih lagi disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdaya mangsa dengan menawarkan penjualan iPhone tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI