fbpx

Hamilton minta pulangkan duit peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON mahu penganjur memulangkan semula duit tiket para peminat memandangkan mereka gagal berlumba di Litar Spa-Francorchamps akibat hujan lebat. - AFP

STAVELOT, Belgium – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamil­ton menuntut Formula Satu (F1) untuk mengembalikan duit kepada penonton yang hadir ke Litar Spa-Francorchamps untuk menyaksikan Grand Prix (GP) Belgium 2021 kelmarin.

Pelumba Britain itu mene­gaskan, penonton layak mendapatkan duit mereka semula selepas menunggu berjam-jam di luar, dalam keadaan angin sejuk dan hujan semata-mata ingin menyaksikan perlumbaan tersebut.

GP Belgium dihentikan apabila saingan itu hanya berlangsung untuk dua pusingan akibat hujan lebat yang menghalang perlumbaan di litar Spa-Francorchamps diteruskan.

Lebih menarik, pelumba Red Bull, Max Verstappen diisytiharkan pemenang berdasarkan kedudukan petak dan George Russell (Williams) tempat ke­dua manakala Hamilton tempat ketiga.

Hamilton kini mendahului Verstappen dalam perebutan gelaran dunia dengan perbezaan tiga mata selepas me­ngutip 202.5, manakala Verstappen 199.5 mata.

“Saya mohon maaf kepada peminat yang datang hari ini. Bukan salah siapa-siapa kerana ia melibatkan cuaca. Mereka setia kekal di luar sana menanti sama ada perlumbaan ini dite­ruskan atau tidak.

“Oleh kerana setiap orang mendapat semula wang ma­sing-masing, saya rasa peminat juga perlu mendapatkan wang mereka kerana mereka tidak dapat melihat apa yang mereka harapkan.

“Sayangnya tidak dapat meneruskan perlumbaan hari ini. Saya suka berlumba dalam hujan tapi hari ini berbeza dan berbahaya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI