fbpx

IPD Sentul tidak ditutup – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar makluman yang tular memaklumkan Balai Polis Sentul ditutup sementara.

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

DENGKIL – Polis mengesahkan penutupan sebahagian kaunter aduan di Balai Polis Sentul ditutup atas arahan Kementerian Kesihatan setelah dikunjungi seorang individu ingkar arahan kuarantin Covid-19.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, penutupan itu hanya dibuat membabitkan kaunter pertanyaan dan bukan operasi harian harian balai terbabit.

“Polis dapati individu terbabit memakai gelang kuarantin dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pihak kementerian meminta kawasan yang dikunjungi mangsa ditutup. Kita tutup kaunter pertanyaan tetapi operasi balai berjalan seperti biasa,” katanya pada sidang akhbar Operasi Bersepadu Khazanah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas
gambar tular berhubung penutupan operasi Balai Polis Sentul selepas dikunjungi seorang wanita bergelang kuarantin.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Kesihatan petang nanti.

“Wanita terbabit dipercayai datang Balai Polis Sentul untuk membuat aduan kerana diganggu.

“Setibanya wanita itu di sana, pihak polis dapati dia memakai gelang kuarantin serta ada gejala batuk. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI