ALOR SETAR – Dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan di sebuah pondok berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Division, Sungai Petani dekat sini, Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Taufik Maidin berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada pukul 2.30 petang.
“Hasil pemeriksaan ke atas kawasan tersebut menemui 439 bungkusan kecil plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dianggarkan seberat 2,058.50 gram.
“Selain itu, terdapat juga peralatan membungkus dadah dan dua bilah pedang dengan nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM14,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihaknya turut menyita rantai bernilai RM5,000 dan suspek berusia 23 tahun didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC). – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929