fbpx

Singapura capai imuniti kelompok 80 peratus kadar vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menjamu selera di sebuah restoran pusat membeli-belah di Singapura pada 14 Mei lalu. - AFP

SINGAPURA – Singapura mengumumkan sudah berjaya mencapai tahap imuniti kelompok kebangsaan apabila 80 peratus daripada 5.9 juta penduduknya menerima dua dos suntikan lengkap vaksin Covid-19, lapor majalah Newsweek, kelmarin.

Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung memuat naik perkhabaran itu di laman Facebook. Ia menyatakan bahawa republik itu mencapai satu lagi kejayaan besar dalam menangani penularan Covid-19.

“Kejayaan ini bermakna Singapura sudah melangkah setapak lagi ke hadapan dalam memastikan penduduk kita dilindungi daripada Covid-19.

“Ini adalah hasil usaha pelbagai pihak terutama petugas barisan hadapan dan penduduk Singapura sendiri yang tampil menerima vaksin demi melindungi diri dan orang sekeliling mereka,” tulis Ye Kung.

Menurut Ye Kung, menerusi program suntikan vaksin dari i rumah ke rumah, seramai 4,300 warga Singapura telah mendapat dos mereka.

Kementerian menyasarkan untuk menyelesaikan semua baki penerimaan suntikan vaksin di rumah menjelang akhir September ini.

“Setiap minggu, kami terus menerima sekitar 700 permintaan untuk menjalankan suntikan vaksinasi di rumah.

“Bagi memenuhi permintaan tersebut, lebih 200 doktor dan jururawat sukarela dengan bantuan Pasukan Tentera Singapura (SAF) telah disediakan. Kami berjaya menggandakan jumlah pasukan vaksinasi rumah ke rumah daripada 11 kepada 33.

“Ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kerana hasil kerja keras mereka, kami dapat mengurangkan separuh masa menunggu untuk suntikan vaksin daripada lapan minggu kepada  empat minggu sahaja,” jelas Ye Kung.

Kadar vaksinasi yang tinggi dan pantas itu diharap menjadi petunjuk positif ke arah membuka kembali sempadan negara itu secara berperingkat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI