fbpx

Sultan Johor titah kerajaan kaji semula program MM2H

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar kerajaan mengkaji semula pelaksanaan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi mencapai keseimbangan positif terhadap kemasukan pelabur serta pertumbuhan ekonomi negara.

Baginda bertitah, kajian perlu dibuat kerana program MM2H yang kembali dilaksanakan dengan beberapa syarat baharu kepada peserta program dilihat terlalu ketat.

Hal itu dikhuatiri baginda akan menjejaskan kemasukan peserta baharu selain menjejaskan pemegang pas MM2H sedia ada memandangkan penetapan syarat baharu seharusnya lebih baik bagi mendorong kemasukan pelancong serta pelabur untuk kembali meningkatkan ekonomi negara.

“Jika syarat baharu terlalu ketat, kemungkinan boleh memberi kesan kepada pendapatan negara, serta memberi tekanan kepada peserta baharu dan sedia ada.

“Ini amat mengecewakan kita di Johor dimana kita mempunyai hubungan sejarah yang lama dengan Singapura serta rakyatnya, syarat baharu ini kemungkinan akan menyebabkan mereka tidak melabur di Johor,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sejak program MM2H dimulakan pada tahun 2002, seramai 57,478 warga asing telah diberikan pas jangka panjang sebelum program itu dihentikan pada September 2018 untuk dikaji semula dengan syarat-syarat baharu diperkenalkan, minggu lalu.

Dibawah syarat baharu, peserta perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM40,000 sebulan berbanding RM10,000 sebelum ini, pemilikan akaun simpanan RM1 juta selain peserta juga perlu pengisytiharan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta. pas-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI