fbpx

GOJO tawar bonus RM250 kepada pemandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Syarikat e-hailing, GOJO Malaysia menawarkan bonus sebanyak RM250 kepada semua pemandunya pada 1 September ini bersempena meraikan sambutan ulang tahun pertama syarikat.

Ketua Pegawai Operasinya,  Pradeep Kumar berkata, pemberian bonus ini bertepatan dengan keadaan ekonomi yang sukar kini dan ia sedikit sebanyak akan dapat membantu pemandunya.

“Ini adalah hadiah bersempena hari kemerdekaan dan juga salah satu inisiatif kami untuk menggalakkan pemandu berusaha lebih gigih dan dapat membantu mengurangkan beban kewangan mereka,” katanya dalam kenyataan.

“Kami tidak merungut dengan keadaan semasa sebaliknya terus mengambil langkah proaktif dalam memastikan perjalan syarikat terus berkembang dengan tenang dan stabil sejak setahun yang lalu.

“Kami juga telah menerima sokongan yang hebat daripada pemandu dan pelanggan dengan muat turun sehingga kini adalah sebanyak 175,000, menjadikan GOJO sebagai syarikat yang paling pesat berkembang di Malaysia,” jelasnya.

Selain itu, Pradeep menerangkan, sepanjang tempoh pandemik ini,  pemandu E-hailing telah menerima pendapatan yang rendah dan tidak setimpal. 

Menyedari keperluan tersebut, GOJO telah mewujudkan sistem harga wajar dinamik yang memberi faedah kepada pemandu dan pelanggan.

“Pelanggan hari ini memahami perkhidmatan e-hailing dengan baik dan GOJO berusaha untuk melindungi persefahaman dan hubungan tersebut, “ jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI