fbpx

Program vaksinasi pacu sektor pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program vaksinasi pada penggiat sektor pelancongan di Perak boleh membantu memacu semula industri tersebut. - Gambar hiasan

IPOH – Seramai 3,000 penggiat industri pelancongan di Perak yang terdiri daripada kakitangan hotel, pemandu pelancong, pengusaha spa dan lain-lain telah menerima suntikan vaksin setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, berdasarkan data dikemaskini pihak Tourism Perak sejumlah lebih 5,000 orang terlibat dalam industri pelancongan di negeri ini.

“Jadi hanya tinggal 2,000 yang akan diserapkan dalam mobilisasi vaksin komuniti danMoga  pusat pemberian vaksin sedia ada bagi membantu mempercepatkan proses vaksinasi mereka

“Ia akan membantu penggiat industri membina semula semangat dan pada masa sama mengembalikan keyakinan pengunjung terhadap sektor pelancongan khususnya di negeri Perak,” katanya ketika sesi pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Nolee juga turut memberi maklum balas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir berdamar, Terence Naidu agar kerajaan negeri mewujudkan sebuah koperasi pelancongan di setiap daerah di Perak.

Katanya, kerajaan negeri belum bercadang untuk mewujudkan koperasi bagi menguruskan pelancongan di setiap daerah memandangkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta untuk mewujudkan unit pelancongan khas khusus di daerah masing-masing. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI