fbpx

Polis kesan saksi kemalangan langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA SELANGOR – Polis kini mengesan saksi kejadian langgar lari melibatkan pejalan kaki yang maut di Kilometer 2.5 Jalan Simpang Tiga, Jeram di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi ketika mangsa berusia 46 tahun berjalan bersendirian ke rumah saudaranya yang terletak kira-kira 100 meter dari kediamannya di Ladang Lombourne.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata,
pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat mengenai kemalangan maut itu pada pukul 7.20 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenalpasti jenis dan nombor pendaftaran.

“Tiada sebarang kesan brek atau sisa pecahan kenderaan dikesan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh anggota badan dan mayatnya
dihantar ke Unit Forensik Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

Tambah Ramli, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI