fbpx

Bekas pemandu lori didenda RM2,000 buat laporan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOGENDIRAN didenda RM2,000 atas kesalahan membuat laporan polis palsu di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Tindakan seorang bekas pemandu lori membuat laporan polis palsu, enam hari lalu membawa padah apabila didenda maksimum RM2,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahar menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh,S. Logendiran, 33, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Logendiran membayarnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah memberikan kepada laporan polis palsu di Balai Polis Sri Muda, Shah Alam pada pukul 4.42 petang, 24 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Peguam Muhd. Fairul Ezany dan Shalehhuddin Salam mewakili tertuduh memohon hukuman lebih rendah dikenakan memandangkan dia telah kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19.

“Dia menanggung ibu bapanya yang masing-masing berusia 64 dan 67 tahun selain sudah menginsafi kesalahan yang dilakukan,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929V

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI