PETALING JAYA – Pendakwah popular, Ebit Lew mengakui berasa terharu melihat hubungan antara selebriti terkenal, Norman Hakim dan anaknya, Muhammad Danish Hakim Mohd. Nurhakim, 18.
Menurutnya di laman Facebook, dia mengakui sebak ketika mendengar bacaan al-Quran oleh Muhammad Danish Hakim yang merupakan seorang hafiz.
“Lagi sayu waktu malam kita gilirkan waktu ibadah waktu malam. Supaya setiap masa malam dihidupkan dengan amal.
“Waktu misi taawun umat dan kasih sayang. Sekali terlihat abang Norman dan anaknya beribadah berdua. Last (kali terakhir) terlihat abang Norman baring diriba anaknya yang sedang baca al-Quran. Terus rasa sedih,” katanya hari ini.
Pada masa sama, Ebit berdoa agar Allah memberi peluang kepada setiap keluarga untuk berkasih sayang seperti ditunjukkan Norman dan anaknya itu. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929