SHAH ALAM – Seorang pekerja sebuah syarikat kurier terkemuka didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memiliki empat keping kertas tiket loteri awam, dua hari lalu lalu.
Tertuduh, Mohammad Shah Ariffin Sidikah, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sabreena Bakar @ Bahar.
Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan, jika gagal membayar denda tersebut.
Tertuduh membayar denda tersebut.
Berdasarkan pertuduhan, Mohammad Shah Ariffin didakwa miliki empat keping kertas tiket loteri awam di hadapan sebuah premis di Seksyen 25, di sini pada pukul 2.15 petang, 28 Ogos lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afiq Qiwamuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929