fbpx

Polis siasat dakwaan jualan vaksin kepada warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WONG SIEW MUN menunjukkan laporan polis yang dibuatnya semalam di hadapan IPD Bentong di Bentong.

BENTONG – Polis melakukan siasatan terhadap dakwaan terdapat ejen yang menawarkan slot vaksin dengan bayaran sehingga RM380 kepada warga asing di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pada masa ini polis hanya menerima satu laporan berkenaan dakwaan tersebut.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut untuk mendapatkan kesahihan dakwaan berdasarkan laporan polis yang dibuat.

“Polis memohon mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penjualan vaksin dapat menghubungi Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong atau mana-mana balai polis berdekatan,”katanya di sini, hari ini.

Semalam Kosmo! Online melaporkan Timbalan Ketua Penerangan MCA Pusat, Wong Siew Mun membuat laporan polis mengenai aktiviti ejen yang didakwa menjual vaksin kepada majikan yang mempunya warga asing di daerah ini.

Siew Mun dilaporkan berkata, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk Bentong yang mendakwa ada ejen menghubungi mereka menawarkan slot vaksin kepada pekerja asing yang bekerja dengan mereka dengan bayaran RM100 hingga RM380.

Katanya, berdasarkan maklumat warga asing berkenaan mendapat slot pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah ini selepas nama mereka keluar dalam senarai MySejahtera.

Menurut Zaiham pada masa ini pihak polis membuka kertas enkuiri terlebih dahulu bagi mendapatkan kesahihan dakwaan tersebut sebelum tindakan selanjutnya dilakukan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI