fbpx

PATI ditahan ketika baru masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan warga Indonesia yang ditahan PGA Batalion 4 di sekitar Sungai Nipah, Sungai Besar, semalam.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SABAK BERNAM – Kelicikan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan laluan laut untuk menyusup masuk ke negara ini tidak berhasil apabila ditahan di sekitar Sungai Nipah, Sungai Besar di sini, semalam.

Perkara itu dihidu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 yang mengesan semua warga Indonesia berusia 24 hingga 47 tahun tersebut, kira-kira pukul 9 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, penahanan itu dilakukan menerusi Op Benteng Covid-19 yang dijalankan di sekitar kawasan tersebut.

“Siasatan awal mendapati lima lelaki dan tiga wanita itu baru tiba dari Indonesia melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menaiki bot.

“Mereka kemudian mendarat di pesisir pantai Sungai Besar sebelum ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, semua suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Besar untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI