fbpx

30% hotel di Negeri Sembilan kembali beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZIZ Hassan menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada wakil-wakil hotel yang menjadi ahli MAH Negeri Sembilan dalam program agihan tersebut di Port Dickson hari ini.- FOTO- ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

PORT DICKSON- Kira-kira 30 peratus hotel di Negeri Sembilan mula kembali beroperasi dan dibuka selepas negeri ini beralih ke Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 26 Ogos lalu.

Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, jumlah berkenaan daripada 35 buah hotel yang menjadi ahli persatuan tersebut di seluruh negeri ini.

Jelas beliau, hotel selebihnya akan mula dibuka secara berperingkat pada 1 September depan.

“Insya-Allah pada bulan depan hotel akan dibuka secara berperingkat, kami tidak mahu terkejar-kejar untuk membuka semua hotel. Jika ada hotel yang mempunyai 200 bilik kemungkinan mereka hanya membuka 100 bilik sahaja.

“Kami juga khuatir jika berlaku lagi penularan Covid-19 sehingga boleh menjejaskan semula sektor pelancongan di negeri ini. Sehubungan itu, kami juga akan memastikan hotel-hotel beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta akan sentiasa menjalankan proses sanitasi,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI