fbpx

Risau data diceroboh punca gagal intergasi SELangkah, MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Khuatir data peribadi pengguna aplikasi MySejahtera akan diceroboh menjadi alasan Kementerian Kesihatan ( KKM) enggan mengintegrasi aplikasi tersebut dengan SELangkah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud menjelaskan, KKM sepatutnya tidak perlu bimbang kerana data yang akan diterima SELangkah daripada MySejahtera akan dicerakinkan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) dan bukannya manusia.

“Tidak semua data (daripada SELangkah) akan diberikan kepada MySejahtera dan begitu juga dari MySejahtera kepada SELangkah untuk pengesanan kontak.

“Ini kerana, semua data ini adalah bersifat anonymous (bersifat rahsia),” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar (PH-Meru) berhubung perihal kerahsiaan data pengguna SELangkah sekiranya dikongsikan dengan aplikasi MySejahtera.

Siti Mariah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang memberitahu beliau akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin untuk proses integrasi dua aplikasi tersebut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kegagalan integrasi aplikasi SELangkah dan Mysejahtera dikatakan menjadi salah satu penyebab peningkatan kes Covid-19 di Selangor. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI