fbpx

Lembah Klang bakal beralih ke fasa seterusnya – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi ‘bayangan’ bahawa Lembah Klang akan beralih kepada fasa seterusnya selepas kadar vaksinasinya sudah melebihi 80 peratus.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Ismail Sabri berkata, keputusan untuk peralihan fasa itu akan diputuskan selepas perbincangan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80 peratus. Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya.

“Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, Insya-Allah,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri bangga dengan dengan semua orang yang terlibat dalam menjayakan program vaksinasi atas dan pencapaian yang luar biasa.

Sementara itu, berdasarkan carta yang dikeluarkanJawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di laman Facebooknya, jumlah penduduk Lembah Klang yang sudah lengkap dua dos vaksin kini mencecah 90.3 peratus sehingga semalan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI