fbpx

Mahsuri Food komited jayakan CSR derma darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Jazri menyampaikan kit penghargaan dan sos berperisa tiram Mahsuri kepada penderma darah di Ayer Keroh, Melaka, semalam.

MELAKA – Syarikat Mahsuri Food Sdn. Bhd. terus komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menjayakan program derma darah di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh di sini hari ini.

Ketua Komersialnya, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz berkata, program itu diadakan bagi membantu Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) khususnya untuk mengumpul sekurang-kurangnya 100 pek darah pada program berkenaan.

Jelasnya, selain itu, kempen tersebut juga dilaksanakan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 dengan menghimpunkan penderma-penderma daripada pelbagai latar belakang dan usia.

“Ini adalah program CSR pertama kita dalam membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengumpul bekalan darah diperlukan negara.

“Hari ini kita sasarkan seramai 100 orang penderma akan hadir dan syarikat kami memberikan sedikit sumbangan kepada mereka yang telah menderma sebagai tanda penghargaan dan terima kasih,” katanya ketika ditemui pada program derma darah anjuran Persatuan Mesra Pengguna Malaysia dan Mahsuri Food di pusat beli-belah Aeon di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden Mesra Pengguna Malaysia, Azlin Othman.

Mengulas lanjut, Mohd. Jazri berkata, program CSR itu adalah yang ke-13 dilaksanakan dan pertama kali membabitkan aktiviti derma darah.

“Kita menerima pelbagai tawaran kerjasama untuk program CSR dan baru-baru ini kita telah terlibat dengan program korban sempena Hari Raya Aidiladha.

“Kali ini kita pilih untuk bersama-sama PMPM dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain untuk memainkan peranan mengajak orang ramai menderma darah.

“Aktiviti ini bukan sahaja baik untuk kesihatan diri, malah berupaya menyelamatkan nyawa orang lain,” katanya.

Sementara itu, Azlin pula memberitahu, aktiviti derma darah itu diharapkan dapat memupuk semangat cintakan negara tanpa mengira bangsa dan agama terutama sempena bulan kemerdekaan.

Pihaknya juga mengalu-alukan penglibatan Mahsuri Food untuk menjayakan program itu yang dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada penganjur, malah penderma dan pesakit yang memerlukan bantuan darah. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI