PETALING JAYA – Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 individu dewasa di negara ini sudah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin.
Melalui data yang dikongsikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, sebanyak 82.8 peratus atau 19,389,392 pula sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam sebanyak 34,027,548 dos.
Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan sebanyak 302,804 dos dengan 142,186 individu menerima dos pertama. manakala 160,618 pula lengkap dos kedua. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929