fbpx

Quartararo tawan Litar Silverstone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO perlu tampil dengan tunggangan luar biasa untuk memastikan pemburuan gelaran juara dunia MotoGP masih memihak kepada pelumba pasukan Yamaha pada GP Emilia Rogmana malam ini.

LONDON – Pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo kembali menaiki podium dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas muncul juara di Grand Prix (GP) British dengan mendominasi perlumbaan di Litar Silverstone sebentar tadi.

Meskipun memulakan saingan di petak ketiga namun ia tidak mematahkan semangat pelumba Perancis itu memberi tekanan kepada pelumba Repsol Honda, Pol Espargaro yang terlebih dahulu menguasai perlumbaan tersebut.

Espargaro bagaimanapun gagal mempertahankan kedudukan itu sebelum Quartararo bijak memintasnya pada pusingan kelima dan terus memimpin saingan itu sehingga akhir perlumbaan.

Kemenangan kelima itu membolehkan Quartararo terus selesa untuk memburu gelaran dunia musim ini apabila mempunyai kelebihan 65 mata selepas mengutip 206 mata keseluruhan.

“Saya sangat gembira kerana masa sesi kelayakan semalam saya hilang keyakinan untuk memulakan saingan hari ini. Tetapi pada sesi latihan saya mula mendapat semula rentak bersama jentera ini.

“Terima kasih kepada pasukan terutama mekanik dan pasukan saya yang bertungkus lumus menyediakan jentera terbaik kepada saya minggu ini,” kata Quartararo.

Tempat kedua menjadi milik pelumba Suzuki, Alex Rins sementara itu, Aleix Espargaro mencatat sejarah tersendiri apabila menghadiahkan podium pertama buat pasukan Aprilia selepas mengakhiri saingan tempat ketiga. -AGENSI

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI